Keluaran dan promosi The_2nd_Law

Pada 6 Jun 2012, Muse melancarkan sebuah treler untuk album berikutnya, The 2nd Law, dengan kiraan di laman web band menunjukkan tarikh keluaran 17 September.[5] Trailer menunjukkan The 2nd Law akan bergerak ke arah dubstep, yang disambut dengan pelbagai reaksi dari peminat.[6][7] Pada 9 Ogos, Muse menyediakan lagu "The 2nd Law: Unsustainable" untuk peminat yang prapesan album dari kedai online mereka. Kulit album, diambil dari Human Connectome Project, menggambarkan peta jalur otak manusia, "menjejak litar dalam kepala kita dan bagaimana kita memproses maklumat dengan terang, warna neon."[8]

Single

Lagu "Survival" ialah lagu rasmi untuk Sukan Olimpik London 2012 yang dikeluarkan di BBC Radio 1 pada 27 Jun.[9][10]

Muse mengumumkan dalam laman web mereka bahawa single "Madness" dikeluarkan pada 20 Ogos. Mereka juga mengumumkan keluaran album ditunda dari 17 September kepada 1 Oktober 2012.[11]

Jelajah

Pada 7 Jun 2012, Muse mengumumkan jelajah Arena Eropah; persembahan pertama The 2nd Law Tour. Ia termasuk di Perancis, Sepanyol dan England serta negara-negara lain.[12]

Rujukan

WikiPedia: The_2nd_Law http://instagr.am/p/HYJaGsOyFH/ http://www.austriancharts.at/weekchart.asp?cat=a&y... http://www.austriancharts.at/year.asp?id=2012&cat=... http://www.weltbild.at/3/17599522-1/musik/the-2nd-... http://www.aria.com.au/pages/aria-charts-end-of-ye... http://ariacharts.com.au/chart/albums/257 http://www.jbhifionline.com.au/music/pre-order/2nd... http://www.freerecordshop.be/muziek/the-2nd-law-li... http://www.ultratop.be/fr/annual.asp?year=2012&cat... http://www.ultratop.be/fr/showitem.asp?interpret=M...